Wednesday, August 17, 2016

PENDIDIKAN KEWANGAN.....Jangan tangguh sesuatu kebaikan



Pengajaran : JANGAN TANGGUH sesuatu kerja itu untuk kemudian! Esok tidak pernah dijanjikan untuk sesiapa.


Pelajaran Pertama. - Kenapa anda perlu keluar dari kemelut hutang.

Allah SWT tidak mencipta kita semata mata untuk kita memenuhi segala kehendak nafsu kita.

Saya yakin dan percaya yang setiap inidividu mempunyai peranan dan tugas tertentu yang harus dijalankan oleh mereka dan seperti yang telah kita ketahui bahawa lahirnya kita didunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT dan di dalam melaksanakan tugas kita sebagai seorang hamba, kita akan disayangi dan dirahmati, didunia ini dan juga di akhirat inshaAllah.

Allah SWT menyebut didalam Quran

“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)

Saya sendiri merasakan bahawa hidup saya lebih bermakna apabila saya melakukan sesuatu yang dapat membantu seseorang ataupun sesuatau projek dimana ramai yang akan dapat merasakan hasilnya. Rasa puas tu lain macam sikit dari yang biasa. Membantu seseorang itu merupakan suatu ibadah, jika niat kita adalah demi mencari keredhaan Allah SWT

Manakala, pengalaman paling pahit dan saat dukacita didalam hidup saya sering berlaku apabila saya melakukan pilihan yang salah dengan hanya mementingkan diri saya sendiri dan nafsu saya sendiri.

Pengalaman mengajar saya, untuk membebaskan diri saya dari masalah tersebut, saya perlu pulang ke pangkal jalan dan fokuskan segala usaha saya, dari mementingkan diri saya sendiri kepada pentingkan orang lain dan ternyata, selepas membantu orang lain, masalah saya sendiri pun selesai.

Jadi, apa kena-mengena pengajaran ini dengan proses keluar dari masalah hutang??

Banyak sebenarnya.

Motivasi anda untuk keluar dari hutang seharusnya tidak sahaja tertumpu pada diri anda tetapi jauh lebih itu..

Sudah tentu, seronok rasanya dan alangkah leganya apabila kita sudah keluar dari kemelut hutang dan berjaya untuk membeli segala keperluan kita secara tunai, namun begitu, perasaan seronok dan lega tidak harus berhenti disitu! Itu cuma sebahagian sahaja dari kepuasannya. Untuk merasakan kebahagiaan dan kepuasan secara total, kita haruslah menggunakan apa sahaja yang terdaya di jalan Allah SWT dan membantu orang lain sekaligus.

Bayangkan jika anda merupakan hambanya yang dipilih, digunakan sepenuhnya oleh Allah SWT untuk membantu dan menyelamatkan orang lain pula! Ini akan memberikan anda kepuasan yang tidak pernah anda rasai sebelum ini kerana:

  1. Sifat memberi merupakan satu sifat terpuji yang dapat memberi kita rasa kepuasan tetapi seringkali dipandang remeh.
  2. Anda sebenarnya bukan sahaja membantu otang lain, tetapi sebenarnya sedang membantu diri anda sendiri didalam deposit saham akhirat anda.
  3. Melatih untuk membatu orang lain merupakan salah satu cara untuk mengikis sifat pentingkan diri sendiri.
  4. Setiap kali anda memberi bantuan di jalan Allah SWT, anda membuka peluang untuk anda menerima habuan yang berupa 700% dari Allah SWT, di dunia dan di akhirat.

Firman Allh SWT : “Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah Adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” ( Al Baqarah : 261 )

Ok, cuba anda fikirkan sejenak, apa yang anda ada untuk berkongsi dengan orang lain? Apa yang anda boleh infaq kejalan Allah SWT?

Ramai rakan-rakan muslim yang saya temui, boleh kata semua, bersetuju, jika diberikan peluang, mereka sudah tentu mahu berada disituasi dimana mereka boleh memberi lebih, membantu lebih ramai orang namun, hampir semua berkata, “Hidup kami sendiri pun melarat, bagaimana nak tolong orang lain pula”

Nah! Inilah sebab utama kenapa ANDA perlu keluar dari kemelut hutang ini!

Bayangkan betapa indahnya hidup anda jikalau tidak mempunyai sebarang beban pembayaran hutang, kad kredit, bayaran kereta, bayaran rumah… dan segala bil-bil tertunggak! Inilah MATLAMAT kita. InshaAllah kita akan berjaya.

Duit itu sebenarnya BUKAN duit kita.

Duit yang kita seringkali ingat duit kita, sebenarnya BUKAN duit kita pun. Kita cuma penjaga amanah yang telah diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menggunakannya buat sementara waktu sahaja. Walaupun anda berkeras dan tidak setuju dengan statement saya ini, namun anda cuma perlu lihat sejenak, siapa yang berikan anda otak tu? Siapa yang berikan anda tangan untuk melakukan semua kerja-kerja yang anda lakukan, siapa yang berupaya masukan oxygen kedalam paru-paru anda? Siapa?

Kita datang ke bumi ini dengan tangan yang kosong dan kita akan meninggalkan bumi ini dengan tangan yang kosong. Apa yang kita ada buat sementara waktu ini cumalah pemberian sementara yang boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Apabila kita membazir dan melakukan pilihan yang salah dengan duit yang kita ada, sebenarnya kita membazir sesuatu yang kepunyaan Allah SWT.

Ya, seronok rasanya apabila kita membayangkan diri kita bebas dari hutang, tetapi tujuan utama kenapa kita harus keluar dari kemelut hutang sebenarnya adalah untuk kita gunakan apa yang kita ada untuk membantu orang ramai di sekeliling kita agar kita diterimanya menjadi seorang hamba yang sejati.

Luaskan perspektif anda buat seketika dan tinggalkan segala kepentingan yang sering kita lakukan hanya untuk diri sendiri. Apabila anda membantu orang lain, anda sekaligus membantu diri anda sendiri.

Allah SWT tidak mencipta semua ini hanya untuk kita menjadi penonton terhadap segala yang berlaku di hadapan anda. Kita ada tugas dan tanggungjawab yang harus kita lakukan dan alangkah mudahnya untuk kita memberi dan membantu jika kita sendiri bebas dari hutang dan mempunyai wang yang banyak untuk membatu orang lain? Wow!

Ingat, dugaan yang anda sedang hadapi ini merupakan satu ujian dari Allah SWT sendiri dan sudah tentulah jalan penyelesaian pun datangnya dari Allah SWT.

Didalam program bebas hutang ini, akan ada lagi 6 artikel yang akan mengajar anda, langkah demi langkah untuk membebaskan diri anda dari beban ini. Seperti yang saya katakan dahulu, saya sendiri melalui proses dan langkah-langkah ini dan ternyata ia telah membantu saya dan ramai lagi anak murid yang telah turut sama. Suka saya ingatkan, bukan senang nak keluar dari kemelut ini, tetapi apabila ia sukar, manisnya dihujung jalan nanti akan menjadi lebih berbaloi dan lebih bererti. So jangan give up! Ia perlukan pengorbanan, ia perlukan perjuangan dan perlukan DISIPLIN!

Pengajaran dari artikel ini:
  1. Semua yang kita ada sekarang sebenarnya bukan kita yang punya. Kita cuma pemegang amanah sahaja.
  2. Untuk menerima lebih, anda harus MEMBERI lebih. 
  3. Bila anda belanjakan RM1 kejalan Allah SWT, Allah SWT membalas dengan 700% pulangan!
  4. Dugaan yang anda hadapi ini merupakan ujian dari Allah SWT, maka berusahalah untuk mencari jawapan bagi ujian ini dan kunci penyelesaian dari Allah SWT juga..
Yakin lah dengan janji Allah SWT. Buat kerana Dia, dan lihat sendiri hidup anda berubah. 

Wassalam.

Shazly Khan

No comments:

Post a Comment