Wednesday, August 17, 2016

Bacaan Al-Quran,sampaikah kepada simati?

Isu 'sampaikah bacaan Al-Quran yang dihadiahkan kepada si mati'sebenarnya isu lama yang telah banyak dibahaskan ulama.

Amalan tahlil arwah, baca yasin utk arwah, Yasin khamis malam jumaat, baca ayat Al-Quran di kubur & baca surah Mulk utk arwah ibu-bapa juga termasuk dalam skop isu ini.

Perkara pertama yg perlu kita fahami adalah, ia merupakan ISU KHILAF yg bersifat RANTING bukannya akidah. Maknanya ada ulama yang kata,'ia sampai' & ada yg berpendapat, 'ia tidak sampai'.

Masing-masing ada hujah dalil ayat Quran hadithnya tersendiri. Perbahasannya panjang. Anda boleh 'google' sahaja. Banyak pandangannya.

Cuma, apabila berhadapan isu khilaf sebegini, kita perlu berlapang dada menghormati setiap pendapat. Saya berpegang kepada pendapat 'SAMPAI'.


 


KESIMPULAN DALAM ISU INI :

Ketika di Mesir dahulu, saya membaca banyak kitab yg menghuraikannya. Saya dapati dalil kedua pihak sahih & argumennya kuat. Akhirnya saya confuse.

Saya bertanya syeikh, mana satu nak pegang?

Syeikh kata, peganglah mana yg anda yakin. Cuma syeikh menambah dan ini point yg best : kalau nak tahu betul -betul sampai ke tidak, tunggu mati dahulu. Masa tu baru kita tahu jawapan yg pasti.

Tapi ana (syeikh) tak mahu tunggu mati baru percaya. Sebab masa tu rugi.Dah tak boleh patah balik ke dunia pesan kepada anak-anak utk bacakan AlQuran kpd kita.

- Kalau anak baca tapi tak sampai, sekurang2nya mereka lakukan perkara baik. Tak rugi apa-apa pun.

- Kalau anak baca dan pahalanya sampai,kita di alam sana dapat perkara bonus, syafaat dari AlQuran utk bantu kehidupan di sana. Mana tahu kita susah, ada juga sesuatu datang membantu.

Terima kasih

Ustaz Asraff Ayob Al-Hafiz

Furqanworks Sdn Bhd
13M Tingkat 1, Jln Hentian 1B, Pusat Hentian Kajang Jln Reko
Kajang Selangor 43300
MALAYSIA

No comments:

Post a Comment