Monday, July 20, 2015

~Words of the Day~



Bodoh itu

Menunggu bertahun-tahun tanpa kepastian


Bodoh itu


Bertahun-tahun memendam rasa yang tak berbalas

Sunday, July 19, 2015

Jasamu dikenang 😀





Selama 20 tahun almari lama & buruk ni berjasa kat rumah di kampung..
hehehe
Sejak 2003, lima tahun berturut-turut kerja aku masa cuti sekolah adalah kemas almari ni & bilik stor..setahun dua kali..
Beratus-ratus helai kain lama2, zaman 80' pun ada, sampai tahap aku dah tak tahan nak kemas.. bila masuk kolej, aku dah tak jadi tugas aku dah...
aku angkat bendera putih

Selamat tinggal gerobok buruk
hehehhe

Thursday, July 16, 2015

Rindu Ramadhan


 

Bagaimana perasaan orang yang rindu akan Ramadhan?
Apa yang mereka rasa sebenarnya?
Kenapa boleh rindu akan Ramadhan?


 

Bertahun-tahun aku puasa, tapi tak pernah memahami apa perasaan itu. Bahkan, bulan Syawal atau Hari Raya lah yang sering aku nanti-nantikan, tak sabar nak habis bulan puasa & makan sepuas-puasnya mengikut hawa nafsuku..

Begitu juga dengan kebanyakan orang lain, tak sabar nak beraya.. di pasaraya, minggu pertama puasa pun dah sibuk menjual baju2 untuk raya, biskut2, promosi Raya, lagu2 raya turut dimainkan ibarata esok dah nak raya

Dulu aku berasa seronok dengan semua itu, tetapi tidak lagi pada tahun ini.. rasa seronok itu sudah kurang kerana rasa bersalah kerana terlalu meraikan Syawal, bukannya Ramadhan

Alhamdulillah, buat pertama kalinya aku mula mengerti rasa rindu akan Ramadhan itu..
Hari ini merupakan hari terakhir bulan Ramadhan, baru aku mengerti rasa tak ingin Ramadhan ini berlalu pergi..
Duhai Ramadhan, terlalu cepat kau ingin pergi..sedangkan ibadah aku masih sedikit..




Dunia makin menghampiri kiamat, ramai masih berkata "lambat lagii, lambat lagii nak kiamat tu"
tetapi aku tak pasti sama ada kami semua masih sempat bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan..


Persoalan yang utama,

Masih sempatkah???

-Nur Amni-
30 Ramadhan 1436H

Monday, July 6, 2015

Each person has more than One Side





It is difficult to get to know the real me because I will never show my true self with lots of sides to strangers..
even my close friends will not know the real me



Menikah adalah suatu perkara yang besar



Menikah adalah bab mengambil keputusan. Mengambil keputusan setelah engkau melakukan proses pencarian.
Tidak ada manusia sempurna. Memang tiada. Akan selalu ada kekurangannya. Jika engkau melihat satu gadis cantik, di tempat lain juga ada gadis yang cantik malah mungkin lebih cantik. Jika engkau tertarik dengan seorang pemuda tampan, di tempat lain juga ada pemuda yang tampan malah mungkinlebih tampan.
Engkau sebenarnya hanya memerlukan seseorang yang akan menemanimu, mengerti dirimu, dapat menerima keadaanmu, mahu menjadi sahabatmu dalam suka dan duka, melewati hidup bersama dalam segala keadaannya.





Engkau tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk menjadi suami atau isterimu, kerana memang tidak ada lelaki sempurna, tidak ada juga perempuan sempurna.
Siapapun yang engkau pilih untuk menjadi pendamping hidupmu, dia pasti memiliki kekurangan. Sebagaimana dirimu juga memiliki kekurangan.
Maka jangan pernah berharap kesempurnaan dari manusia. Sebab kesempurnaan hanya milik Allah.
Engkau hanya perlu memutuskan untuk memilih seseorang yang mencintaimu kerana Allah. Menemanimu kerana Allah. Dan membahagiakanmu kerana Allah.
Semoga aku dan engkau mendapat pasangan yang soleh/solehah. Lalu terbentuknya keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Serta kelak dimasukkan ke dalam syurga yang terindah.




sikap bertolak ansur dan harga-menghargai diantara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan sebuah pasangan suami isteri.

Aamiin...

~Words of the day~




Jangan simpan seseorang dalam hati

Hati itu berbolak-balik sifatnya

Simpanlah seseorang dalam doa

Kerana doa tercatat di langit selamanya

-Ustaz Haron Din-







50,000 years before the sky was introduced to the sea Allah wrote your name next to me



~Words of the Day~




Air mata tak akan menitis
Jika hati tak terluka

Ketawa tak akan wujud
Jika hati tak terhibur

Rindu tak akan hadir
Jika hati tak menyayangi

Dan sayang tak akan berputik
Jika hati tak menCintai