Wednesday, August 17, 2016

PENDIDIKAN KEWANGAN....BERHENTI berbelanja lebih dari pendapatan anda

Topic pengajian kita hari ini adalah; Bagaimana Untuk Berhenti Berbelanja Lebih Dari Pendapatan Yang Anda Peroleh

Jadi, anda telah berbelanja lebih dari pendapatan anda – anda tidak keseorangan, ramai yang ada penyakit yang same (saya pun dulu serupa.)

Berbelanja lebih daripada pendapatan merupakan satu perkara yang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat kerana menahan nafsu membeli itu bukan sesuatu yang mudah!

Syarikat kad kredit pula telah menjadikan proses mendapatkan dan menggunakan kad kredit menjadi begitu mudah sehingga ia memerlukan disiplin yang tinggi untuk anda hidup seadanya dengan duit yang anda ada. Anda akan cenderung untuk berbelanja secara berlebihan dengan adanya kad kredit.

Menghentikan tabiat berbelanja secara berlebihan miming susah, tetapi inilah langkah pertama (dan paling penting) untuk kebanyakan orang mencapai kebebasan kewangan.

Terdapat beberapa cara untuk anda berbelanja mengikut kemampuan anda (atau kurang daripada itu).


1. Yakin Yang Anda Mampu Melakukannya

Ini adalah sangat penting, kerana dengan kepercayaan ini, anda akan tetap berusaha mencapai matlamat walaupun akan ada masa-masanya anda rasa seperti mahu berhenti berusaha. Cari mereka yang mempunyai pengalaman berbelanja secara berlebih-lebihan dan bagaimana mereka akhirnya berjaya untuk hidup secara bersederhana. Dapatkan semangat dengan kisah- kisah dari mereka. Saya tidak pasti apa yang membuatkan saya berkeputusan bahawa saya perlu berubah, tetapi saya telah membaca cukup banyak kisah-kisah mereka yang mengubah keadaan kewangan mereka dan saya benar-benar yakin bahawa SAYA MAMPU MELAKUKANNYA.

Sekiranya anda tidak yakin yang anda ada kemampuan untuk berubah, teruskan membaca dan mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya sehingga anda mendapatkan keyakinan yang anda juga mampu. Sekiranya anda rasa ingin berputus asa, baca semula kisah-kisah tersebut untuk membantu anda kembali bersemangat. Motivasi yang diperoleh dari kejayaan-kejayaan orang lain adalah kunci utama untuk anda berjaya kerana sekiranya anda tidak mempunyai KEYAKINAN bahawa anda mampu, anda TIDAK akan berjaya.


2. Singkirkan Godaan Nafsu Untuk Berbelanja

Ini merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan kerana dia telajh sebati dengan masyarakat malah, hampir semua orang akan ada kad kredit. Ia seperti cuba membuang tabiat merokok!. Seperti mana mudah untuk mendapatkan sekotak rokok yang baru, seperti itu juga mudah untuk mendapatkan kad kredit yang lain. Apa yang jelas di sini, kuncinya adalah dengan mempunyai keazaman untuk mengawal perbelanjaan anda. Menghentikan penggunaan kad kredit sebenarnya bukanlah idea yang terlalu teruk. Saya telah memotong kad kredit saya dan syukur kepada Allah SWT kerana memberi saya kegigihan untuk berhenti menghisap rokok lepih sepuluh tahun yang lalu! Kalau saya, seorang perokok dan pengguna kad credit yang tegar, boleh berubah.. ANDA PUN BOLEH!




Antara rahsia saya ialah, dengan tidak ke pusat membeli-belah dan tidak makan di luar. Inilah dua perkara terbesar di mana saya telah berbelanja/membazir kebanyakan wang saya. Terutamanya pusat membeli-belah, saya boleh menyingkirkan godaan nafsu untuk berbelanja dengan tidak ke sana.

3. Belajar Untuk Berkata ‘Tidak’ Kepada Diri Anda

Menerapkan kebiasaan untuk berkata TIDAK kepada diri kita adalah satu perkara yang bermanfaat. Saya menyebutnya sebagai kebiasaan kerana ianya adalah sesuatu yang perlu dilatih. Mereka yang tidak pernah berkata TIDAK kepada diri mereka akan berasa susah untuk melakukannya. Manakala orang yang biasa berkata TIDAK akan mendapati walaupun ianya tidak mudah, tetapi ia akan perlahan-lahan menjadi mudah sekiranya dilakukan secara berterusan.

Kejayaan Anda Berdasarkan Kemampuan Anda Untuk Berkata Tidak

Sukar untuk menjumpai orang yang berjaya di dalam mana-mana aspek kehidupan mereka yang tidak pandai berkata TIDAK…

• Jika anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu berkata TIDAK bila anda mula mengidam donut Krispy Kreme
• Jika anda mahukan perkahwinan anda berkekalan, anda perlu berkata TIDAK bila anda sangat sangat sangat mahu berkata sesuatu yang tidak patut anda katakan

• Jika anda ingin berjaya di dalam kerjaya anda, anda perlu berkata TIDAK kepada kemalasan yang melanda, malah anda akan bekerja dengan keras dan bijak (walaupun tiada siapa yang melihat).
• Jika anda ingin keluar dari hutang, anda perlu berkata TIDAK kepada kesenangan dan keseronokan walaupun orang sekeliling anda menikmatinya.


Senarai ini boleh menjadi panjang dan berterusan, tetapi isi pentingnya tetap sama: Belajar untuk berkata TIDAK.

“Lakukan sesuatu yang anda benci setiap hari, hanya sebagai satu latihan.” – John Maxwell

Apa yang John ingin sampaikan dengan kata-kata tersebut adalah untuk berjaya, anda perlu melakukan perkara yang anda tidak mahu lakukan. Orang yang mencapai cita-cita mereka terpaksa melalui liku-liku perjalanan sebelum sampai ke matlamat mereka.

Bila saya berfikir sejenak tentang aspek kehidupan saya di mana saya dapat melaksanakan langkah-langkah kecil ini, hasilnya benar-benar hebat. Taubat saya kepada Allah, kewangan dan hubungan saya menampakkan perkembangan yang sangat positif sebagai hasil kepada usaha saya untuk berkata TIDAK kepada perkara dan momen yang tidak penting.

Dengan mengikuti langkah yang ringkas tetapi sukar ini, saya mula berbelanja dari 125% daripada pendapatan saya kepada hanya 85%. Sekiranya anda melebihi 100%, jadikan ini matlamat pertama anda: tidak lagi berhutang, matlamat seterusnya adalah mengurangkan hutang anda dan menjadikan perbelanjaan anda di bawah 100%.

wassalam

No comments:

Post a Comment