Wednesday, August 17, 2016

PENDIDIKAN KEWANGAN....Membuat penyata imbangan



Assalamualaikum WBT
Apa khabar? InshaAllah dengan emel saya kali ini, kita akan membuat penyata imbangan atau lebih dikenali sebagai balance sheet yang boleh memberi anda gambaran lebih jelas NILAI BERSIH ANDA. InshaAllah anda boleh melakukannya dalam 10 -15 minit sahaja.


Tujuan utama kenapa kita mula dengan ini adalah untuk memudahkan kita nanti untuk mengukur dan menilai sejauh mana anda telah perbaiki tahap kewangan anda. Nilai bersih anda merupakan satu kaedah untuk mengukur tahap kewangan anda.


Definisi Nilai Bersih adalah seperti berikut:



Aset (yang anda miliki) - Liabiliti (hutang) = Nilai Bersih
 

 

Bagaimana untuk mengira Nilai Bersih anda

Saya selalunya buat secara manual menggunakan excel di komputer, setiap 6 bulan. Saya ada sediakan sample yang anda boleh download sebagai rujukan dan gunakan jika anda mahu. Download disini.


1. Buat satu kertas kerja (spreadsheet)
Mari kita mula dengan membuat satu kertas kerja. Anda boleh guna pen dengan kertas jika anda mahu tetapi saya mengesyorkan anda untuk menggunakan Excel, Google Docs atau Open Office. Terpulanglah yang mana anda lebih senang dan biasa gunakan.
2. Jumlahkan semua aset anda.
Senaraikan semua aset anda, apa sahaja yang mempunyai nilai dan harga. Untuk memudahkan kiraan, saya cadangkan supaya tidak dituliskan harta anda yang bernilai dibawah RM500. Nanti pening nak kira. Bila sudah selesai, anda boleh kategorikan mereka sebagai ‘Aset & Harta DLL’ dan membuat anggaran kasar tentang ‘Aset & Harta DLL’.

Rumah anda, kereta, wang didalam bank, barang kemas dan yang seangkatan dengannya akan jatuh dikategori ini sekali.

Bagi mendapatkan harga anggaran untuk hartanah, anda boleh guna sebarang laman web hartanah yang ada menjual rumah dikawasan anda dan dapatkan harga anggaran tersebut. 

Bagi kereta, langkahnya pun lebih kurang sama. Anda boleh guna majalah atau website autotrader atau mudah.com. Saya dulu pakai suratkhabar Malaymail untuk mendapatkan harga anggaran kereta saya. Anda pun boleh juga. Bagi wang di bank, anda boleh menggunakan penyata bank yang paling baru sekali.


Setelah semua aset anda tersenarai, kini mudah untuk anda menjumlahkannya!

3. Jumlahkan semua liabiliti anda.
Setelah selesai menyenaraikan dan mendapat jumlah bagi aset anda, kini tiba masanya untuk menyenaraikan setiap liabiliti dan hutang yang anda ada. Sila tulis SEMUA hutang yang anda ada.

Hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang PTPTN dan apa sahaja hutang yang anda dapat senaraikan.. amaka tulis disini dan jumlahkannya. Setelah selesai, kini anda telah dapat jumplah liabiliti anda pula! Senang kan?

4. Kira nilai bersih anda.
Sekarang anda boleh menogira nilai bersih anda dengan formula ini; 

Nilai aset - Nilai liabiliti = Nilai Bersih anda.
 
 

Jangan lupa tuliskan tarikhnya supaya nanti senang kita nak lihat perbezaannya nanti.


Langkah seterusnya

Masa mula mula saya buat latihan ini, nilai bersih saya adalah RM-13,843.84. Ia benar-benar membuka mata saya dan menyedarkan saya bahawa saya terdapat banyak sekali hutang. Jadi tak kira apa sahaja nilai bersih anda, jangan risau. Ini merupakan titik permulaan dan inshaAllah anda juga akan berjaya memperbaiki nilai itu.

Selepas satu tahun barulah nilai bersih saya naik ke RM 746! Ketika itu saya sangat teruja kenara nilai itu merupakan nilai positif, walaupun angkanya sangatlah kecil. 

Saya tidak berhenti disitu.. kami teruskan usaha dan nilai itu perlahan-lahan meningkat dan kini kami lebih selesa dari masa kami mula dulu.

Suka saya ingatkan anda, jika anda teruja apabila melihat nilai bersih anda berubah kearah positif, saya cadangkan anda supaya teruskan dan jangan berhenti untuk rehat dulu.. teruskan sahaja.

Apabila anda membuat pilihan yang bijak dengan membeli lebih banyak lagi aset atau mengurangkan hutang, makan secara automatik nilai bersih anda akan meningkat. Anda harus sentiasa peka akan perubahan ini kerana ini merupakan kayu pengukur kita nanti untuk menentukan samada anda telah perbaiki kewangan anda ataupun tidak.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment