Thursday, July 16, 2015

Rindu Ramadhan


 

Bagaimana perasaan orang yang rindu akan Ramadhan?
Apa yang mereka rasa sebenarnya?
Kenapa boleh rindu akan Ramadhan?


 

Bertahun-tahun aku puasa, tapi tak pernah memahami apa perasaan itu. Bahkan, bulan Syawal atau Hari Raya lah yang sering aku nanti-nantikan, tak sabar nak habis bulan puasa & makan sepuas-puasnya mengikut hawa nafsuku..

Begitu juga dengan kebanyakan orang lain, tak sabar nak beraya.. di pasaraya, minggu pertama puasa pun dah sibuk menjual baju2 untuk raya, biskut2, promosi Raya, lagu2 raya turut dimainkan ibarata esok dah nak raya

Dulu aku berasa seronok dengan semua itu, tetapi tidak lagi pada tahun ini.. rasa seronok itu sudah kurang kerana rasa bersalah kerana terlalu meraikan Syawal, bukannya Ramadhan

Alhamdulillah, buat pertama kalinya aku mula mengerti rasa rindu akan Ramadhan itu..
Hari ini merupakan hari terakhir bulan Ramadhan, baru aku mengerti rasa tak ingin Ramadhan ini berlalu pergi..
Duhai Ramadhan, terlalu cepat kau ingin pergi..sedangkan ibadah aku masih sedikit..




Dunia makin menghampiri kiamat, ramai masih berkata "lambat lagii, lambat lagii nak kiamat tu"
tetapi aku tak pasti sama ada kami semua masih sempat bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan..


Persoalan yang utama,

Masih sempatkah???

-Nur Amni-
30 Ramadhan 1436H

No comments:

Post a Comment