Saturday, June 20, 2015

Cafe Lorong, Cameron Highland, Malaysia

Di sini saya nak memperkenalkan satu kedai makan yg sedap, bagus & istimewa di Cameron Highland..takde laa istimewa sangat pun, cumanya kuantiti makanan tu banyak & bagus, tak macam kedai2 lain di Tanah Tinggi ni..

Saya ni bukannya jenis suka snap gambar kalau waktu makan, tapi kalau saya snap & kongsi gambar tu, maknanya memang sedap laa..saya akan snap gambar bila :

1) makanan tradisional Kelantan mcm nasi kerabu, kuih akok, nasi Kak Wok & etc. sbb nak bagi kwn2 yg tinggal di luar Kelantan tu lepas rindu..kalau anak jati Kelantan yg kerja di luar negara tu mmg diaorg akan sakit hati laa..mmg nangis tak berlagu bila tengok gambar2 tu... hahahaa

2) kedai tu memang betul2 berkualiti, perkhidmatan bagus & berbaloi pergi..biasanya gerai2 yg murah, tak suka restoran mahal2, habis duit

Nama kedai ini adalah Cafe Lorong..kecil je saiz kedai ni, meja tak banyak..tetapi sbb ramai tak kenal kedai ni & dh tentu laa yg datang Cameron Highland (CH) nak merasa makan kek & minum teh ala2 mat salleh kat Restoran Teh Boh kat tmpt lain, makanya tak ramai org di kafe ini..

Kafe ini terletak di tepi jalan utama CH, di deretan kedai2 & kalau anda dari Brinchang, ianya terletak sebelum pasar pagi CH (bukan pasar yg ada khemah dekat Brinchang tu)





Hiasan dalaman ringkas, namun kreatif..



unik ;)


 Ada menu2 khas seperti teh strawberi, aiskrim strawberi, strawberi ni, strawberi tuu laa..dh kedai kat CH, memang kena ada strawberi laa ya..
paling unik adalah Milo Godzillaaa (whipped cream+milo tabur+coklat = Kencing manis)


menu2 lain

I ordered Milo Godzilla because Milo Tabur & Milo Dinosour are too mainstream :P


penjaga kaunter

Bayar kat Son Goku..
legend tuu

Singgah lah di Cafe Lorong kalau korang ke Cameron Highlang ya

2 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Ya Rabbi...Subhannalah..terima kasih yang tak terhinggga buat tuan blog yg promo cafe lorong...Saya owner cafe... Kalo datang ke cameron.. Jemput singgah lagi..special treat for u... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 28 & 29 Sept ni sy ke sana.. valid lg ke special treat tu? Haha

      Delete