Monday, June 20, 2011

~~Kenangan ku bersama mu~~

di kala mataku sudah keletihan setelah menamatkan sebuah novel cinta, aku termenung di hadapan cermin mekap sambil menyanyi.. aku merenung pada wangian untuk bilik yang baru ku beli..



lama aku meneliti gambar bunga pada bekas itu, & aku mencium bau harumannya, seperti yang aku selalu lakukan di saat aku pulang ke rumah.. tetapi, kali ini perasaan ku lain tatkala mencium betapa harumnya wangian ini.. di saat itu, aku mula sedar yang haruman ini adalah haruman bunga melor yang selalu ku cium sewaktu zaman persekolahanku.. 




setiap pagi sebelum ke sekolah, aku dan ibuku masing2 sibuk memetik bunga melor pada pokok di halaman rumahku.. setiap kuntum yang ku petik akan ku cium baunya, & semuanya akan ku bawa ke sekolah untuk diletakkan di dalam kelas..
 
  
seminggu masa yang diambil untuk mengingatkan aku tentang di mana & bila pernah ku mencium bau haruman wangian itu.."macam pernah cium la bau ni, tapi apa ye"~~~ inilah persoalan yang selalu timbul di fikiranku..
banyak memori lama bersama ibuku di waktu pagi kembali ke fikiranku.. aku mula teramat merindui dia sekarang..

ibuku lah orang yang paling bersemangat di waktu pagi, terutamanya kalau hari dapat gaji..Subuh-subuh dah start motormerah dia, & merempit di Jalan Telipot yang masih sunyi ke Bank Muamalat untuk mengambil gajinya..gajinya tidaklah seberapa, tetapi sudah cukup untuk membuatkan dia bersemangat untuk membayar bil2 di rumah, untuk perbelanjaan rumah..tidak juga dia lupa untuk bersedekah kepada org2 kampung, sekolahnya.. duit bulanan yang diberikan oleh bapaku, walaupun beribu-ribu ringgit, tetap akan habis.. ke mana habisnya?? bukanlah barang2 kemas, baju2 baru yang berjenama, beg tangan, jam tangan berjenama yang mahal, handset mahal...semuanya bukan brg2 yg ibuku gemari, malah dia tak suka memakai beg tangan..hanya dompet dijadikan tempat menyimpan wangnya, & poket seluar atau baju kurung menjadi tempat dompetnya disimpan tatkala dia keluar ke bandar.. semuanya habis digunakan untuk menghias rumah, bersedekah, & memuaskan hati anak bongsunya, adikku di restoran2 fast food..

3 tahun.....sekejap sahaja masa berlalu...tetapi, hanya Allah Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk ibuku..Dia yang lebih tahu di mana ibuku akan lebih bahagia..Dia tak mahu melihat hamba-Nya menderita berada di dunia-Nya..

Amni rindukan mak... semoga mak di sisi orang2 yang beriman..amin..

No comments:

Post a Comment