Allah SWT berfirman:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim 7)
Jelas
dari ayat ini, untuk kita menambah segala nikmat yang kita sedang
kecapi ataupun mahu mengharapkan sesuatu yang lebih dari Allah SWT, maka
kita haruslah bersyukur dahulu dengan apa yang kita ada.
Syukur merupakan satu amal ibadah yang sering dipandang ringan dan tidak diambil secara serius. Namun begitu, Syukur ini sebenarnya dapat meningkatkan ataupun (jika tidak bersyukur) akan mengurangakan rahmat dari Allah SWT.
Allah berfirman;
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Kejayaan,
kekayaan dan kemakmuran datang apabila kita mencapai redha Allah SWT.
Sesiapa yang telah mencapai redha Allah SWT akan memperolehi keseronokan
dan keselesaan di dunia dan juga di akhirat dan salah satu cara untuk
mendapat keredhaan Allah adalah dengan bersyukur!
Islam
mengajar kita untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT didalam setiap
aspek kehidupan kita. Setelah selesai makan, kita ucapkan Alhamdulillah.
Sejurus selepas bangun tidur, kita diajar untuk mengucapkan
Alhamdulillah. Setelah pulang dari perjalanan, kita ucapkan
Alhamdulillah.. Tanpa kita sedari, kita telah diajar untuk sentiasa
mengucapkan syukur kepada Allah SWT.
Kesyukuran
menjadi satu tabiat seorang Muslim yang mengharapakan agar Allah SWT
menambah dan meningkatkan lagi nikmat yang kita sedang kecapi.
Abdullah Ibn Abbas RA ada menyebut 4 aspek kejayaan bagi mereka yang ada 4 sifat ini;
- Qalbun Shakir - Jiwa/nafs/hati yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Jika anda mempunyai sifat dan perwatakan ini, anda mempunyai qualiti seseorang yang akan berjaya didunia dan juga diakhirat.
- Lisan un-Dhakir - Lidah/Lisan yang sentiasa memuji dan mengingati Allah SWT, sentiasa sibuk dengan mengingati Allah di siang hari dan di malam hari.
- Jasadun alal Balaa e Sabir - Mempunyai sebuah tubuh yang sentiasa tabah dan istiqamah apabila diuji dengan kesusahan ataupun keperitan hidup.
- Wamra’atun Mukminat - Pasangan hidup yang sentiasa membantu dan menggalakan anda untuk berada dijalan Allah SWT.
Saya
harap anda faham dan jelas, apa kaitannya antara syukur dengan masalah
kewangan anda. Malah, bukan sahaja duit tetapi apa sahaja yang anda
inginkan, ia saling kait mengait.
InshaAllah
didalam emel saya akan datang, saya akan sambung dan menceritakan
bagaimana kita boleh bersabar dan kemudian bersyukur dengan segala
dugaan yang kita sedang alami.. Kerana masa mula mula dulu, saya pun
ragu ragu dan tak faham, tetapi apabila saya mula nekad dan ikut formula
ini, (saya akan ajarkan nanti) saya tidak lagi risau dan tidak lagi
terhegeh-hegeh mencari dan menagih duit kesana kemari. Alhamdulillah, ia
telah mengubah senario kewangan saya!
jazakallah Khair.
Wassalam.
Shazly Khan
No comments:
Post a Comment