Assalamualaikum WBT
Takaful adalah satu istilah bahasa arab yang bermaksud “saling tolong menolong”. Jelasnya setiap ahli yang menyertai takaful akan mendapat manfaat apabila ditimpa musibah atau dengan kata lain akan mendapat pampasan dalam bentuk kewangan ataupun pembiayaan kos perubatan. Caruman yang dilakukan oleh pencarum dipecahkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukan kedalam akaun milik pencarum tersebut dan sebahagian lagi dimasukan ke dalam tabung dana risiko. Wang yang dimasukkan ke dalam tabung dana risiko itu dikira sebagai tabarru’ (sumbangan). Apabila dinamakan sumbangan, maka wang tersebut tidak lagi menjadi milik pencarum. Sementara wang yang dimasukan ke dalam akaun pencarum adalah milik pencarum sepenuhnya setelah ditolak kos pengurusan dan sebagainya lagi.
PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL
Sekali imbas takaful dan insuran biasa (konvensional) tiada perbezaan. Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Saya ringkaskan seperti berikut :
1) Dari sudut akad :
Takaful – Akad (kontrak) yang dipersetujui oleh pencarum dengan syarikat atas dasar kerjasama antara peserta(pencarum) dengan pengendali tabung peserta (syarikat). Syarikat hanya mengambil upah dan kos sahaja.
Insuran Biasa – Akad yang berlaku antara kedua-dua pihak adalah secara jual beli. Pencarum adalah pembeli insuran dan syarikat adalah penjual insuran. Mengikut syarak jual beli risiko nyawa tidak dibolehkan.
2) Dari sudut untung dan rugi :
Takaful – Untung dan rugi sama-sama merasa. Jika tabung dana masih berbaki pada setiap hujung tahun, maka ia akan dikongsi sama banyak antara syarikat dan semua pencarum. Sebaliknya jika tabung risiko mengalami kehausan dan tidak cukup wang untuk membayar pampasan, maka syarikat akan mendahulukan wang miliknya kepada orang yang ditimpa musibah sebagai pinjaman.
Insuran Biasa – Syarikat dan peserta masing-masing mempertaruhkan nasib. Syarikat akan untung sekiranya tiada pampasan dibuat atau pampasan tidak mengatasi jumlah bayaran semua pencarum dan lebiha yang berlaku akan menjadi milik syarikat sepenuhnya tanpa dibahagikan sama banyak. Dalam keadaan ini pencarum akan rugi kerana tiada pampasan yang dituntut. Sebaliknya syarikat akan rugi pula jika pampasan yang dibayar kepada pencarum mengatasi jumlah caruman peserta dimana syarikat akan menggunakan wangnya sendiri untuk menampung kekurangan tersebut atas dasar nasib bukannya pinjaman. Sementara pencarum pula akan untung lebih-lebih lagi jika baru saja membeli insuran. Jumlah caruman baru sedikit sedangkan pampasan yang didapati amat menguntungkan. Ringkasnya dalam insuran biasa tiada tabung tabarru’. Konsep yang disebutkan ini berbentuk perjudian. Hukumnya tidak dibolehkan.

Insuran
takaful yang dijalankan oleh syarikat-syarikat takaful merupakan satu
bentuk insuran yang dibenarkan oleh syarak. Insuran takaful ini
merupakan kerjasama dalam melakukan kebaikan yang disertai oleh orang
yang ingin dilindungi (samaada pencarum sendiri ataupun tanggungannya).
Syarikat-syarikat takaful pula berperanan memberi pertolongan atau
perkhidmatan kepada para peserta ketika mereka memerlukan.
Homework untuk kali ini.
1.
Bincang dengan isteri anda mengenai Takaful, jika belum ada, saya
cadangkan anda untuk mula mencari pelan takaful yang bersesuaian dengan
keluarga anda.
wassalam